Catatan

Pengalaman Syok Sendiri

Salam.. Biar aku spesifik kan, bab jatuh hati pada seseorang. Bukan sekali tapi dah banyak kali aku syok sendiri dengan seseorang yang aku minat. Dalam banyak² tu cuma 2 orang je aku syok sendiri lebih 5 tahun. Yang lain sekejap je lepas tu "move on". Ok orang pertama aku nak kongsi cerita ni mula masa aku darjah 2. Aku dan keluarga masa tu dah berpindah daripada Wangsa Maju ke Ampang. Kira darjah 1 aku sekolah lain. Waktu baru masuk sekolah darjah 2 tu aku dapat kelas pertama. Kira padu kan padahal periksa darjah 1 dulu entah apa benda aku jawab. Aku masuk dekat bilik mesyuarat dan dekat situ ramai budak kelas aku dah duduk tempat disediakan. Aku serius tak kenal sorang pun almaklum baru pindah. Aku usha kiri kanan tengok masing-masing punya muka dan aku terpandang muka seorang perempuan yang pada mata aku cantik sangat. Rambut paras bahu, mata cantik memukau, senyuman manis. Aku pun tengok la dia lama-lama dan aku ada satu tabiat bila aku tengok seseorang aku suka tengok ek
Catatan terbaharu